1 results found

Pemilikan subsidiari oleh Syarikat Berhad Menurut Jaminan


Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan Section 45 Lodgement of Application by CLBG for Registrar’s approval (Appendix B) atau Section 45 Application by CLBG for Minister’s approval (existing CLBG) (Appendix C) berserta dokumen sokongan berdasarkan Senarai Semak 8 untuk tujuan pemilikan/pemerolehan subsidiari oleh Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ).


Permohonan tersebut perlu dihantar untuk kelulusan Menteri atau Pendaftar di kaunter SSM.


Anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh 3 tahun untuk syarikat induk dan syarikat subsidiari adalah bermula daripada penubuhan/pemerolehan subsidiari perlu disediakan mengikut format Example 4.


Fi :

  1. Permohonan untuk kelulusan Menteri : RM 300.00
  2. Permohonan untuk kelulusan Pendaftar : RM 100.00

Maklumat lanjut :

  1. Garis Panduan Syarikat Berhad Menurut Jaminan
  2. Senarai Semak 8
  3. Seksyen 45 Akta Syarikat 2016
  4. Soalan Lazim Syarikat Berhad Menurut Jaminan

Nota :

  1. SBMJ yang dilesenkan dengan syarat (Condition of Licence) oleh Menteri adalah tidak dibenarkan untuk memiliki subsidiari.
  2. SBMJ hendaklah mendapat kelulusan daripada Menteri/Pendaftar sebelum menyerah simpan Return for Allotment of Shares di bawah seksyen 78 Akta Syarikat 2016.
  3. SBMJ mesti mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun Penyata Kewangan teraudit.
  4. Jika subsidiari telah diperoleh tanpa kelulusan Menteri/Pendaftar, SBMJ tersebut perlu mendapatkan perintah mahkamah di bawah Seksyen 582 Akta Syarikat 2016.
  • CLBG