1 results found

Pemberian gaji, yuran, elaun tetap dan faedah lain kepada pengarah bagi Syarikat Berhad Menurut Jaminan


Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan Section 45 Lodgement of Application by CLBG for Registrar’s approval (Appendix B)atau Section 45 Application by CLBG for Minister’s approval (existing CLBG) (Appendix C) berserta dokumen sokongan berdasarkan Senarai Semak 7 untuk tujuan pemberian gaji, yuran, elaun tetap dan faedah lain kepada pengarah.


Permohonan tersebut perlu dihantar untuk kelulusan Menteri atau Pendaftar di kaunter SSM.


Fi :

  1. Permohonan untuk kelulusan Menteri : RM 300.00
  2. Permohonan untuk kelulusan Pendaftar : RM 100.00

Maklumat lanjut :

  1. Garis Panduan Syarikat Berhad Menurut Jaminan
  2. Senarai Semak 7
  3. Seksyen 45 Akta Syarikat 2016
  4. Soalan Lazim Syarikat Berhad Menurut Jaminan

Nota :

  1. Permohonan ini hendaklah dikemukakan bersama-sama permohonan pindaan perlembagaan (Senarai Semak 4).
  2. SBMJ mesti mematuhi Perenggan 23 di dalam garis panduan.
  3. Kakitangan SBMJ tidak perlu memohon permohonan ini kerana bayaran adalah kepada pengarah atas kapasitinya sebagai pekerja SBMJ.
  4. CLBG mesti mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun Penyata Kewangan teraudit.
  5. CLBG mestilah menjadi solven berdasarkan Penyata Kewangan sebelum memohon.
  6. Jika pembayaran telah dibuat tanpa kelulusan Pendaftar/Menteri, CLBG hendaklah mendapatkan Perintah Mahkamah di bawah seksyen 582 Akta Syarikat 2016.
  • CLBG