1. Log masuk ke SSM4U dan pilih CRS.
2. Teruskan dengan langkah berikut:
(a) Application Information
(b) Company Details
(c) Directors
(d) Members
(e) Secretary
Sama ada mencadangkan setiausaha syarikat semasa pemerbadanan (Pre-Incorporation) atau melantik setiausaha syarikat pertama selepas pemerbadanan (Post-Incorporation).
(f) Information to Other Agencies
Masukkan maklumat pekerja yang diperlukan dan tandakan Statement from EPF checkbox.
3. Tandakan declaration checkbox untuk mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat.
4. Klik Preview Submission untuk menyemak dan memuat turun permohonan dalam format PDF.
5. Klik Submit & Make Payment untuk menghantar permohonan dan meneruskan pembayaran. Notifikasi e-mel akan dihantar setelah permohonan berjaya dikemukakan.
Fi: RM1,000.00
Maklumat lanjut:
Nota:
1. Jika pegangan saham selain tunai (otherwise than cash) dipilih, dokumen sokongan hendaklah dilampirkan.
2. Syarikat persendirian (private company) mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) pengarah, manakala syarikat awam (public company) mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang pengarah.
3. Jika seseorang pengarah dilantik sebagai pengarah nomini (nominee director), butiran penama (nominator) hendaklah dikemukakan. Penama tersebut boleh terdiri daripada individu atau entiti perundangan (legal entity).